疑難雜症萬事通
在網路上遇到任何問題都可以在這邊找找看唷

Search

kata kata mutiara的相關標籤

相關貼文 相關照片 相關影片
Salam ya Kekasih Allah❤️🙏🏽 "Masih segar didalam ingatan apabila penyampai berita jam sepuluh mula berada dibabak akhirnya, adakalanya Ayah ku tertawa besar, dan berkata "Ayah dok tunggu tang tu sajaa!!, nak tengok tang part tu saja..Syoq tengok!" Sementara Emak aku , aku dan yang lain yang datang nak bersoal jawab dengan Arwah Ayah ku masing masing lebih menunggu kata-kata mutiara emas dari si Penyampai berita demi ingin memulakan babak diakal kepada istilah 'fikir-fikirkanlah.," Dan pada satu malam tu Arwah Maliki dan Aku juga terhanya Arwah Ayah ku sahaja diruang tamu.. Dan sekali lagi Ayah ketawa sebaik sahaja selepas si penyampai berita jam sepuluh selesai menyebut perkataan 'fikir fikirlah'. "Apa yang lawak nya Ayah??" -Tanya Maliki dengan penuh beradab. "Ha la Kiii, aku dok perasan lama dah, tang mana yang syoq sangat ni??, Ayah kadang senyum dan geleng kepala, kadang Ayah gelak bertangga"- celah aku sambil perhati tepat ke wajah Ayah. "Tu.. hang dua tak nampak ka? tadi, dia baca cerita dunia, kononnya ada tercatit banyak cerita Dunia dalam kertas tu.. hat dia dok pegang tu.., Tapi tengok prangai dia, bukan dia nak tinggai kertas tu atas meja tu, tapi penuh gaya dia lempaq ke tepi!! Satu kiasan tuuu.. bab hal kekalutan dunia ni jangan letak depan kitaa.. lempaq ketepi saja.. Ayah suka sangat tengok cara dia lempaq kertas tu.., Sebenaqnya yang dok gila keduniaan ni lah yang mudah hanyut dan lalai.., dalam kepala depa 'nak menang, nak senang dan nak kenyang sajalah., Kemudian nak nama!, nak orang puji junjung depa saja, hat tu sajalah, sampai bila orang bercakap bab ni, ilmu mengenal Allah depa mengejek-ejek, depa tohmah dan depa fitnahkan.. semua pasai dok gila siasah dunia lah, berpolitik sampai abih punah ranah, baik bab bangsa baik bab Agama, last last Allah Ta'ala hanya setakat nama saja".- Jelas Ayah sambil melepaskan senyuman yang cukup teduh tenang. Aku memandang sahabat ku Maliki Abdul Ghani. Kami saling senyum. didalam kepala aku terbayang apa yang tercatit pada Surah Al Mu'min Ayat 83. Dan keesokannya, Aku dan Maliki menanti babak melempar kertas dari pembaca... dan Aku pun turut tersenyum kala babak itu kembali dilakukan.."Ah.".🙂 Al Fatihah buat Arwah Ayah tercinta, Al Fatihah buat Arwah Maliki tercinta" Al Fatihah buat Arwah Farith Ismeth . .❤️ . . https://youtu.be/uTPn8zaz-jo . .🌷🌷LEPAT🌷🌷 . 🚶🏽‍♂️.......

Salam ya Kekasih Allah❤️🙏🏽 "Masih segar didalam i...